The Sunnah Group Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan dalam bidang rawatan alternatif seperti bekam dan urutan kesihatan (wellness) berteraskan syariah dan Sunnah Rasulullah SAW. Ditubuhkan pada tahun 2024, syarikat ini beribu pejabat di Taman Rinting, Masai, Johor.

Matlamat utama The Sunnah adalah untuk memartabatkan rawatan berasaskan sunnah secara profesional dan berprestij kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, syarikat ini juga berusaha menjadikan Sunnah Bekam sebagai gaya hidup sihat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, agama dan bangsa.

Visi The Sunnah

Menjadi peneraju di dalam perkhidmatan bekam sunnah premium dan patuh syariah yang terbaik di Malaysia

Misi The Sunnah

01

Profesional

Menyediakan rawatan sunnah seperti bekam dan urutan kesihatan secara profesional, berkualiti serta mematuhi garis panduan syariah.

02

Kesedaran Masyarakat

Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang manfaat rawatan sunnah dan kepentingan bekam sebagai amalan gaya hidup sihat.

03

Jaringan Rawatan

Membina rangkaian pusat rawatan di seluruh Malaysia bagi memperluaskan akses rawatan sunnah kepada masyarakat.

04

Tenaga Kerja Mahir

Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam terapi sunnah serta mempunyai layanan pelanggan yang profesional dan mesra.